03 Ogos 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2009.
Pada 3 Ogos - 7 Ogos 2009, semua calon PMR 2009, seluruh Negeri Sembilan akan menduduki peperiksaan Percubaan PMR 2009.
Kami wargsa SMK Dato' Hj. Mohd Redza, Seremban, ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan ini. Jawablah soalan dengan tenang dan penuh keikhlasan. Gunakan pertimbangan akal fikiran, berdoa agar dapat menjawab dengan betul dan tepat.

Perkara - perkara yang perlu dielakkan semasa peperiksaan
1. bergaduh/ berdendam/marah dengan sesiapa sahaja, ianya menyebabkan gangguan emosi.
2. tidak memunaikan Solat Subuh (murid muslim), ianya menyebabkan hilang keberkatan dan pahala belajar.
3. memarahi, membenci, bergaduh dengan ibu bapa atau ahli keluarga, ianya akan mendatangkan kemurkaan Allah swt.
4. tidak bersarapan, ianya menyebabkan fizikal dan minda mudah letih, penat kerana kekurangan oksigen dalam otak
5. tertinggal alat tulis, slip menduduki peperiksaan, ianya menganggu konstransi serta daya tunpuan dan ingatan.

Perkara - perkara yang perlu dielakan selepas peperiksaan.
1. berbincang jawapan mata pelajaran yang baru diduduki.
2. membelek - belek nota mata pelajaran yang baru diduduki.
3. bertegak siapa yang jawab betul atau salah.

Tips ketenangan menjawab peperiksaan.
1. Solat subuh dan solat sunat ( murid muslim )
2. Berdoa, membaca al_quran (ketenangan jiwa)
3. Bersarapan / berpuasa sunat ( murid muslim)
4. Berwduduk sebelum kes sekolah, berusaha mengekalkan wuduk.
5. Bersalaman dengan ibu bapa dan guru - guru.

USAHA, DOA, IKHLAS NIAT, DISIPLIN DIRI, TAWAKKAL kunci kejayaan. selamat berjaya.

01 Julai 2009

BANGUNKAN POTENSI DIRI

Bangunkan dan serlahkan potensi sebenar diri anda. Setiap manusia dikurniakan potensi dan kecerdasan tertentu. Antara kecerdasan yang perlu dikenalpasti oleh murid - murid ialah :-
1. kecerdasan lisan dan lingusitik
2. kecerdasan logik matematik
3. kecerdasan kinestatik
4. kecerdasan visual
5. kecerdasan interpersonal (PR)
6. kecerdasan intrapersonal
7. kecerdasan muzikal
8. kecerdasan naturalistik
Guru - guru Bimbingan dan Kaunseling bersedia membantu diri anda. Jangan biarkan diri anda keseroangan tanpa menyerlakan potensi dan kecerdasan anda. Bertindaklah segera.

Selamat Bertugas Di tempat Baru



Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang warga SMKDHMR kerana berpindah ke sekolah baru.
Pertama, En.Roslin Bin Balia (GPK KoKurikulum) berpindah ke SMK Seremban Jaya 2, Sebagai GPK Hal Ehwal Murid.
Keduanya, Cik Vyone (Ketua Kerani), berpindah ke SMK Tinggi Port Dickson. Kedua - dua staff mula bertugas di tempat baru mulai 16 Jun 2009. Selamat Bertugas, terima kasih di atas jasa dan sumbangan yang diberikan.

23 Jun 2009

Enam Kumpulan Murid

Setiap murid yang bersekolah perlu mengenali status dirinya sebagai murid sekolah seterusnya, peranannya dalam masyarakat selepas tamat alam persekolah. Pada umumnya terdapat 6 kumpulan murid :-
1. Murid Akademik Cemerlang, Akhlak Mulia
2. Murid Akademik Sederhana, Akhlak Mulia
3. Murid Akademik Lemah, Akhlak Mulia
4. Murid Akademik Cemerlang, Akhlak Buruk
5. Murid Akademik Sederhana, Akhlak Buruk
6. Murid Akademik Lemah, Akhlak Buruk.
Renungilah dan fikirkan bersama, di manakah anda ingin meletakkan diri anda. Selamat berjaya.

15 Jun 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum, murid - murid sekalian, Persekolahan penggal kedua telah bermula.
Selamat Kembali Ke Sekolah. Mulakan azam dan memusahabah diri pencapaian yang kita telah capai dalam peperiksaan pertengahan tahun.

Selamat Maju Jaya