05 Jun 2009

Satu Tamparan vs Tiga Pertanyaan


Ada seorang pemuda yang lama bersekolah di luar negeri, kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa, apakah boleh menjawab pertanyaan – pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin – Nya, saya akan menjawab pertanyaan tuan.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, dengan izin Allah swt.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya .
2. Apakah yang dinamakan takdir.
3. Kalau syaitan diciptakan dar i api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu ?

Tiba – tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya ?
Kiyai : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang tuan ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh – sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit, pak kiyai.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah malam tadi tuan telah bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh tuan, tuan akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Tangan saya dibuat daripada apa yang digunakan untuk menampar anda ?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun s yaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka NERAKA akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Pemuda : Tersipu - sipu malu, segera memohon maaf.

Belajar dan Bekerja

Belajar dan bekerja adalah suatu perkara yang sinonim kepada mereka yang normal. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak sesuai kepada semua. Murid - murid perlu belajar dahulu, mengumpul seberapa banyak sijil semasa di alam persekolahan. Sijil Penyertaan, sijil akademik ( UPSR, PMR, SPM, STPM, DIPLOMA, IJAZAH, SARJANA, DOKTOR FALSAFAH ( PHD ), di samping sijil kemahiran, adalah tiket penting untuk bekerja.

Ingat, belajarlah setinggi mana yang mampu, sebelum anada memilih untuk bekerja. Bekerja sambil belajar di alam persekolahan amatlah merugikan. Anda tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menglangkaji. Anda tidak mampu membuat dua pekerjaan dalam satu masa. Jangan tertipu dengan kemewahan wang ringgit yang sementara, kerana anda mampu belajar serta mendapat peluang belajar sehingga ke menara gading.

Jangan lupa, Sijil Berhenti Sekolah amat penting, bagi mengesahkan anda telah tamat alam persekolahan. Tetapi amat malanglah kepada mereka yang diberhentikan atau dibuang sekolah. Sijil Tamat Persekolahan tidak dikeluarkan, kerana anda melakukan salah laku disiplin, melanggar peraturan sekolah.

Jadi, usah membiarkan diri anda kecewa, gagal mendapat pekerjaan yang baik, bergaji lumayan lantaran salahlaku disiplin semasa di sekolah. Ingat, jangan menyesal kemudian. Patuhilah disiplin sekolah, hormat naluri diri anda yang ingin menjadi baik. Selamat Berjaya.

04 Jun 2009

Manfaatkan Masa Cuti Persekolahan


Assalamualaikum waramatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. Anak - anak murid yang dikasihi sekalian, Selamat Bercuti.
Cuti Persekolahan penggal pertama sesi 2009 sedang berjalan. Oleh itu gunakan kesempatan masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Terdapat banyak aktiviti yang boleh digunakan untuk mengisi masa yang ada.
1. Calon - calon Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM 2009,
a. Gunakan masa yang ada untuk mengulangkaji, mentelaah serta menghadiri kelas - kelas tambahan atau tuisyen.
b. Rancang jadual waktu pembelajaran semasa cuti ini bersama ibu bapa.
c. Semak semula nota - nota dan latihan.
d. Buat latih tubi.
e. Banyakkan berdoa, solat - solat sunat, serta membaca al-Quran ( murid Islam).
f. Menyiapkan tugasan yang diberikan.
2. Murid - murid yang tidak dengan kelas peperiksaan pula,
a. jangan tinggalkan buku dan latihan.
b. Jangan banyak menghabiskan masa di depan televisyen, di depan komputer, atau melepak bersama rakan sebaya.
c. Buatlah jadual pengurusan masa semasa cuti bersama ibu bapa.
d. Menyiapkan tugasan atau latihan yang disediakan oleh guru - guru.
e. Banyakkan berdoa, solat - solat sunat, membaca al-Quran ( murid Islam )
f. Menghadiri / mengziarahi sanak saudara bersama ibu bapa.

AWAS, JAGA KESELAMATAN DIRI. SELAMAT BERCUTI.