03 Ogos 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2009.
Pada 3 Ogos - 7 Ogos 2009, semua calon PMR 2009, seluruh Negeri Sembilan akan menduduki peperiksaan Percubaan PMR 2009.
Kami wargsa SMK Dato' Hj. Mohd Redza, Seremban, ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan ini. Jawablah soalan dengan tenang dan penuh keikhlasan. Gunakan pertimbangan akal fikiran, berdoa agar dapat menjawab dengan betul dan tepat.

Perkara - perkara yang perlu dielakkan semasa peperiksaan
1. bergaduh/ berdendam/marah dengan sesiapa sahaja, ianya menyebabkan gangguan emosi.
2. tidak memunaikan Solat Subuh (murid muslim), ianya menyebabkan hilang keberkatan dan pahala belajar.
3. memarahi, membenci, bergaduh dengan ibu bapa atau ahli keluarga, ianya akan mendatangkan kemurkaan Allah swt.
4. tidak bersarapan, ianya menyebabkan fizikal dan minda mudah letih, penat kerana kekurangan oksigen dalam otak
5. tertinggal alat tulis, slip menduduki peperiksaan, ianya menganggu konstransi serta daya tunpuan dan ingatan.

Perkara - perkara yang perlu dielakan selepas peperiksaan.
1. berbincang jawapan mata pelajaran yang baru diduduki.
2. membelek - belek nota mata pelajaran yang baru diduduki.
3. bertegak siapa yang jawab betul atau salah.

Tips ketenangan menjawab peperiksaan.
1. Solat subuh dan solat sunat ( murid muslim )
2. Berdoa, membaca al_quran (ketenangan jiwa)
3. Bersarapan / berpuasa sunat ( murid muslim)
4. Berwduduk sebelum kes sekolah, berusaha mengekalkan wuduk.
5. Bersalaman dengan ibu bapa dan guru - guru.

USAHA, DOA, IKHLAS NIAT, DISIPLIN DIRI, TAWAKKAL kunci kejayaan. selamat berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan