22 Mei 2009

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

MENGENALI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK DATO' HJ. MOHD REDZA, SEREMBAN.
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK DATO’ HJ. MOHD REDZA, SEREMBAN.

PENGERUSI :
PN. NORPISAH BT. MD. NOR ( PENGETUA KANAN )

TIMBALAN PENGERUSI :
PN. HJH. AMINAH BT. MUDA ( GPK AKADEMIK )
EN. AKASHAH B. ISMAIL ( GPK HEM )
EN. ROSLIN BIN BALIA ( GPK KO KURIKULUM )

GURU KAUNSELING :
EN. MD. IDRIS BIN HJ. JUSOH ( GURU CEMERLANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING )
PN. SARIMAH BT. DELI ( GURU BIMBINGAN & KAUNSELING 2 )
PN. NORIZAWATI BT. MOHD ARIS ( GURU BIMBINGAN & KAUNSELING 3 )

VISI
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Yang Berkualiti dan Berkesan Ke Arah Kecemerlangan Murid Menjelang Tahun 2010

MISI
Kami Guru Kaunseling SMKDHMR Berusaha Menjalankan Perkhidmatan :-
1. Menolong dan Membantu Murid Mengembang serta Memulih Sahsiah dan Ketrampilan Pelajar.
2. Mempertingkat Pengetahuan dan Kecenderungan Murid Dalam Akademik dan Ko kurikulum.
3. Menyediakan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Yang Berkesan.
4. Menyediakan Prasarana Bilik Kaunseling Yang Kondusif.
5. Mengujud Hubungan Erat Dengan Komuniti Setempat.

FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM PELANGGAN
P = Penerima Klien Tanpa Syarat.
E = Eratkan Hubungan Antara Guru – Murid – Ibu bapa
L = Layanan Mesra
A = Ambil Pehatian, Aduan / Cadangan..
N = Niat Membantu Secara Ikhlas.
G = Gunakan Pelbagai Pendekatan Mengikut Kesesuaian.
G = Galakan Positif Perubahan Tingkahlaku dan Sikap Klien.
A = Ambil Peluang Bekerjasama Dengan Komuniti dan Agensi Luar
N = Nekad dan Utamakan Perkhidmatan Menyeluruh.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
a. Kaunseling Individu
b. Kaunseling Kelompok
c. Maklumat Peluang Pendidikan dan Kerjaya
c. Pembangunan Diri
d. Inventori Minat Kerjaya
d. Inventori Personaliti
e. Konsultasi Ibu bapa
f. Rujukan Kes
g. program Kepimpinan dan Motivasi
h. Kemahiran Belajar
i. Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok, HIV dan Aids.
j. Rujukan Penyelidikan dan lain – lain lagi.

"manusia adalah insan yang unik, boleh berubah ke arah yang lebih baik. Perubahan diri ke arah positif, dimulai pembentukan sikap dan pemikiran yang positif".

Mengenali Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Pengenalan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara kita sejak tahun 1960-an. Perkhidmatan ini mulanya berkisar melalui perkhidmatan bimbingan kerjaya. Kementrian Pelajaran telah memberi latihan secara berterusan untuk melatih guru – guru yang menjalankan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Laporan Jawatankuasa Kabinet ( 1979 ), telah menetapkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah – sekolah. Sehingga ini perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berkembang secara meluas.

Mulai 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia, memperkenalkan jawatan guru kaunseling sepenuh masa, di sekolah – sekolah menengah, yang menempat mereka yang mempunyai kelulusan Ijazah, Diploma, atau sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling adalah suatu perkhidmatan pertolongan sukarela kepada setiap murid untuk mengenali diri dan potensinya supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, membina keyakinan diri, supaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga agama, bangsa dan negara.

Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan merupakan suatu proses memberi pertolongan kepada individu atau sekumpulan individu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ceramah, sesi dialog atau demonstrasi. Perkhidmatan atau proses bimbingan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang yang tertentu.

Kaunseling pula adalah proses interaksi bersemuka antara Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien sama ada individu atau berkelompok. Proses Kaunseling dikendalikan oleh mereka yang terlatih di bidang kaunseling yang mempunyai kemahiran serta mementingkan etika – etika tertentu.
Proses kaunseling adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dirinya supaya dapat berinteraksi dengan persekitaran ke arah pertumbuhan dan perkembangan diri yang lebih positif.
Rasional Penubuhan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
1. Penerimaan konsep perkembangan psikologi setiap individu serta kepelbagaian naluri, sifat dan tingkahlaku manusia yang perlu didorong secara positif selaras dengan nilai agama, dan norma – norma masyarakat.
2. Kesedaran tentang memenuhi keperluan emosi, psikologi, sosial murid supaya murid – murid membesar dan berkembang dengan jelas dan menyeluruh.
3. Kesedaran tentang perkembangan diri dan mengetahui isu dan permasalahan di alam remaja,
4. Kesedaran pergerakan dan perkembangan masyarakat yang semakin pantas, selaras perkembangan sains dan teknologi. Maklumat kerjaya perlu diperolehi dengan jelas dan tepat.

Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling


Pendekatan Perkembangan;
Membantu murid mengenal pasti, menggunakan potensi dan peluang pembelajaran bagi perkembangan dirinya, penyambung sifat – sifat kelainan antara individu dengan masyarakat dan persekitaran..

Pendekatan Krisis
Mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak yang memerlukan perhatian dan tindakan segera dari Guru Bimbingan dan pihak pentadbir sekolah.

Pendekatan Pemulihan
Memberikan tumpuan kepada masalah yang telah dikenalpasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasinya perlu dijalankan seupaya tidak menimbulkan masalah yang teruk. Pemulihan merujuk kepada perlanggaran disiplin.

Pendekatan Pencegahan
Pendekatan yang berasaskan andaian akan tinbul masalah disiplin, penyakit dan sebagainya. Penyebaran maklumat, dan kemahiran yang tertentu kepada semua pelajar supaya mereka dapat menghadapi masa depan lebih tenang dan berkeyakinan.

Kemahiran Guru Bimbingan dan Kaunseling
1. Membina Hubungan
2. Kemahiran Mendengar
3. Kemahiran Menyoal
4. Memberi Dorongan Minima
5. Parafrasa
6. Membuat refleksi
7. Konfrantasi
8. Interpritasi
9. Rumusan

Sifat Seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling
1. Berakhlak
2. Empati
3. Mesra
4. Tulen
5. Menerima Tanpa Syarat
6. Tekal
7. Humor
8. Sensitif
9. Kesedaran Kendiri

"Manusia diciptakan Allah swt dengan seelok – elok ciptaan. Ada otak tidak mahu berfikir, ada hati tetapi menurut hawa nafsu, jika diberi ilmu pengetahuan tidak mahu belajar, mempunyai ilmu tidak mengamalkanya, tidak berakhlak yang mulia serta tidak beriman kepada Allah swt. darjat dan tarafnya”.

19 Mei 2009

Persediaan Peperiksaan

Demam Peperiksaan kini melanda seluruh negara.... peperiksaan pertengahan tahun 2009. Bagaimana dengan anda, sudahkah anda membuat persediaan. Jangan terlambat, mulakan hari ini...
1. Persediaan Diri.
  • mulakan dengan doa, niat belajar, matlamat belajar
  • tetapkan target pencapaian mata pelajaran
  • bina hubungan dengan Tuhan ( taat perintah agama )
  • bina hubungan dengan guru dan ibu bapa (hormati dan taati mereka)
2. Persediaan Mental
  • berfikiran positif tentang tujuan dan matlamat peperiksaan.
  • menghayati kepentingan peperiksaan untuk kemajuan diri.
  • menetapkan hala tujua pendidikan.
3. Persediaan Akademik
  • sediakan buku-buku teks dan buku rujukan.
  • menyediakan nota - nota ringkas.
  • menyediakan kertas soalan latihan.
  • mengulangkaji dan membuat latihan
4. Pengurusan Masa
  • jadual aktiviti aktiviti harian, mingguan.
  • jadual belajar yang flaksibel.
  • jadual latihan dan ulangkaji.
  • jadual riadah.
5. Pengurusan Kerohanian
  • hubungan dengan Tuhan
  • ibadah
  • akhlak

Peperiksaan Oh Peperiksaan

Assalamualaikum wwbrt. salam sejahtera. Demam peperiksaan pertengahan tahun 2009 kini bermula. Murid - murid SMKDHMR akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2009 secara berperingkat - peringkat, murid tingkatan 5 telah menduduki peperiksaan bermula 15 Mei 2009, diikuti murid tingkatan 4, pada 19 Mei 2009 manakala murid tingkatan 1 - 3 pula bermula 22 Mei 2009. Semua peperiksaan dijangka berakhir 29 Mei 2009. Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009. Selamat Maju Jaya.