22 Mei 2009

Mengenali Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Pengenalan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara kita sejak tahun 1960-an. Perkhidmatan ini mulanya berkisar melalui perkhidmatan bimbingan kerjaya. Kementrian Pelajaran telah memberi latihan secara berterusan untuk melatih guru – guru yang menjalankan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Laporan Jawatankuasa Kabinet ( 1979 ), telah menetapkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah – sekolah. Sehingga ini perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berkembang secara meluas.

Mulai 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia, memperkenalkan jawatan guru kaunseling sepenuh masa, di sekolah – sekolah menengah, yang menempat mereka yang mempunyai kelulusan Ijazah, Diploma, atau sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling adalah suatu perkhidmatan pertolongan sukarela kepada setiap murid untuk mengenali diri dan potensinya supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, membina keyakinan diri, supaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga agama, bangsa dan negara.

Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan merupakan suatu proses memberi pertolongan kepada individu atau sekumpulan individu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ceramah, sesi dialog atau demonstrasi. Perkhidmatan atau proses bimbingan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang yang tertentu.

Kaunseling pula adalah proses interaksi bersemuka antara Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien sama ada individu atau berkelompok. Proses Kaunseling dikendalikan oleh mereka yang terlatih di bidang kaunseling yang mempunyai kemahiran serta mementingkan etika – etika tertentu.
Proses kaunseling adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dirinya supaya dapat berinteraksi dengan persekitaran ke arah pertumbuhan dan perkembangan diri yang lebih positif.
Rasional Penubuhan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
1. Penerimaan konsep perkembangan psikologi setiap individu serta kepelbagaian naluri, sifat dan tingkahlaku manusia yang perlu didorong secara positif selaras dengan nilai agama, dan norma – norma masyarakat.
2. Kesedaran tentang memenuhi keperluan emosi, psikologi, sosial murid supaya murid – murid membesar dan berkembang dengan jelas dan menyeluruh.
3. Kesedaran tentang perkembangan diri dan mengetahui isu dan permasalahan di alam remaja,
4. Kesedaran pergerakan dan perkembangan masyarakat yang semakin pantas, selaras perkembangan sains dan teknologi. Maklumat kerjaya perlu diperolehi dengan jelas dan tepat.

Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling


Pendekatan Perkembangan;
Membantu murid mengenal pasti, menggunakan potensi dan peluang pembelajaran bagi perkembangan dirinya, penyambung sifat – sifat kelainan antara individu dengan masyarakat dan persekitaran..

Pendekatan Krisis
Mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak yang memerlukan perhatian dan tindakan segera dari Guru Bimbingan dan pihak pentadbir sekolah.

Pendekatan Pemulihan
Memberikan tumpuan kepada masalah yang telah dikenalpasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasinya perlu dijalankan seupaya tidak menimbulkan masalah yang teruk. Pemulihan merujuk kepada perlanggaran disiplin.

Pendekatan Pencegahan
Pendekatan yang berasaskan andaian akan tinbul masalah disiplin, penyakit dan sebagainya. Penyebaran maklumat, dan kemahiran yang tertentu kepada semua pelajar supaya mereka dapat menghadapi masa depan lebih tenang dan berkeyakinan.

Kemahiran Guru Bimbingan dan Kaunseling
1. Membina Hubungan
2. Kemahiran Mendengar
3. Kemahiran Menyoal
4. Memberi Dorongan Minima
5. Parafrasa
6. Membuat refleksi
7. Konfrantasi
8. Interpritasi
9. Rumusan

Sifat Seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling
1. Berakhlak
2. Empati
3. Mesra
4. Tulen
5. Menerima Tanpa Syarat
6. Tekal
7. Humor
8. Sensitif
9. Kesedaran Kendiri

"Manusia diciptakan Allah swt dengan seelok – elok ciptaan. Ada otak tidak mahu berfikir, ada hati tetapi menurut hawa nafsu, jika diberi ilmu pengetahuan tidak mahu belajar, mempunyai ilmu tidak mengamalkanya, tidak berakhlak yang mulia serta tidak beriman kepada Allah swt. darjat dan tarafnya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan