24 Mei 2009

MARILAH BERDOA

Kita sering bertanya, mengapa manusia harus berdoa? Berbagai jawaban timbul, antaranya saya memerlukan hajat, saya memerlukan pertolongan, saya dalam kesusahan, dalam menghadapi masalah. Walau bagaimanapun, ada yang menjawab, saya tidak perlu berdoa, kerana saya tidak memerlukan pertolongan, tidak ada hajat dan tidak ada masalah.
Pada hakikatnya, manusia sangat dituntut berdoa, kerana banyak kepentingan yang tidak disedari oleh manusia itu sendiri. Lebih - lebih lagi pada murid - murid sekolah.
Salah satu rutin harian murid sebelum belajar adalah berdoa. Perlu direnung sejenak, saban waktu kita berdoa, tetapi pelajaran makin merudung, akhlak makin buruk, di mana silapnya? Sejauhmana keikhlasan, kesediaan, kesungguhan kita memohon doa. Bagaimana Allah swt memperkenankan doa, jika kita tidak ikhlas, bersedia bersungguh - sungguh, atau memahami dan menghayati isi kandungan doa itu.
Oleh itu, marilah kita menilai diri, adakah kita memenuhi syarat - syarat berdoa, antaranya :-
1. Meninggalkan dan menjauhi segala larangan ( maksiat ) Allah swt.
2. Memenuhi tuntutan pra syarat terkabulnya doa, ( seperti berusaha bersungguh - sungguh, rajin serta gigih, bukannya berdoa sahaja )
3. Memahami dan menghayati maksud doa yang dilafazkan (diaminkan)
4. Berdoa dengan ikhlas dan bersungguh - sungguh (ulang sehingga 3 kali atau lebih)
5. Berdoa dengan penuh khusyuk dan merendah diri sebagai Hamba Allah swt.
6. Berdoa mengikut kemampuan diri (sewajarnyalah)
7. Yakin doa akan dimakbulkan.
8. Berdoa mestilah mengikut Sunnah Rasulullah saw.
Oleh itu, marilah kita memuhasabah diri, sejauhmanakah kita telah memenuhi syarat asas dalam berdoa. Mudah - mudahan Allah swt. memperkenankan doa kita. Sama ada cepat atau lambat, bergantung dan tertakluk di bawah kekuasaan Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan