25 Mei 2009

Senarai Semak Persediaan Peperiksaan

Senarai Semak Persediaan Peperiksaan yang perlu diteliti oleh semua calon. Selamat berjaya.
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
[ ] Menyemak jadual peperiksaan untuk memastikan mata pelajaran pada hari esoknya.
[ ] Sediakan dan menyemak keperluan peperiksaan berfungsi dengan baik seperti pen, pensil 2B, pemadam, pembaris, pengasah, kalkulator, alat geometri dan sebagainya.
[ ] Membuat ulangkaji terakhir ( nota – nota penting sahaja ).
[ ] Menyimpan kad pengenalan dan slip kemasukan peperiksaan dengan baik.
[ ] Menyemak jam tangan berfungsi dengan baik dan tepat.
[ ] Menyediakan pakaian seragam sekolah yang sesuai untuk peperiksaan dan memastikan ianya selesa dan masih elok dipakai.
[ ] Maafkan semua orang dan berdoa sebelum tidur . Minta ibu bapa / keluarga kejutkan untuk bangun awal.
[ ] Tidur awal dalam keadaan tenang dan memasang jam loceng sebelum tidur.

PAGI HARI PEPERIKSAAN

[ ] Bangun awal dan melakukan aktiviti kerohanian ( solat, berdoa dan sebagainya ).
[ ] Ceria, tenang dan fikiran positif tentang peperiksaan.
[ ] Memohon restu ( doa ) daripada ibu bapa.
[ ] Datang ke sekolah lebih awal.
[ ] Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang, yakin dan berdoa.
[ ] Duduk di dalam dewan peperiksaan dengan tenang sambil menunggu arahan pengawas peperiksaan.

MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF
[ ] Mengambil tahu bilangan soalan yang ada dan jumlah masa yang iperuntukkan.
[ ] Membaca soalan sekurang – kurangnya dua kali sebelum menjawab.
[ ] Tentukan ruang jawapan diisi dengan betul..
[ ] Tinggalkan, bulatkan soalan yang tidak yakin dan beredar ke soalan seterusnya.
[ ] Semak jawapan sama ada sudah ditandakan dengan betul sama dengan pilihan jawaban di kertas soalan.
[ ] Bagi soalan yang tidak yakin, tinggalkan jawapan yang tidak munasabah, kemudian yang sederhana munasabah, maka tinggallah jawapan yang diyakini betul sahaja.
[ ] Padamkan dengan bersih sehingga tidak ada kesan yang tertinggal jika ingin membuat perubahan jawapan.
[ ] Tanda pada ruang jawapan dibuat dengan jelas dan nyata.
[ ] Semak semula pengisian nama, no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab sebelum dikutip oleh pengawas peperiksaan.

MENJAWAB SOALAN SUBJEKTIF
[ ] Semak bilangan soalan yang perlu dijawab dan berapa markah yang diperuntukkan setiap soalan
[ ] Membaca arahan soalan sebelum menjawab dan ingatkannya semasa menjawab.
[ ] Baca kesemua soalan sepintas lalu untuk mendapat gambaran keseluruhannya.
[ ] Tandakan semua soalan – soalan yang diyakini boleh dijawab.
[ ] Semak semua soalan yang ditandakan dan pilih jumlah soalan yang diyakini dapat dijawab dengan baik.
[ ] Membaca dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab.
[ ] Pembahagian masa untuk setiap soalan.
[ ] Menyediakan rangka jawapan sebelum menjawab soalan. yang mudah.
[ ] Berdoa sebelum menjawab soalan . Tenangkan fikiran semasa menjawab.
[ ] Memastikan tulisan dapat dibaca oleh pemeriksa dengan senang.
[ ] Semak semula pengisian no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab dan ikat dengan kuat dan kemas.

BELAJAR DAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI BUKANYA MASALAH.
TETAPI ANGGAPLAH KEPERLUAN UNTUK KESENANAGAN HIDUP DI MASA DEPAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan